Minggu ini bermulalah pengajian ini untuk semester ke 8( Sept- Dis 2008) bagi aku. Semester ini tiga subjek yang aku kena ambil. Object Oriented Programming 2(OOP2)– Belajar C# ( C Sharp) dan dua lagi subjek yang sengaja aku kantoikan semasa semester 5 (Rajuk tak dapat notebook), iaitu Web Designing and Publishing dan MS (Malaysian Studies). Isnin dan selasa yang lepas, dua subjek aku dah lalui dan petang ini MS pula menyusul.
Specialnya kelas OOP2 aku ni, kami hanya berdua, aku dan Combi. Tak ramai yang ambil kursus ini di sini. Takut coding dia atau ditakut-takutkan oleh lecturer. Itu yang ambil Hardware dan Network saja. Aku pun semasa mula-mula kelas kat Penang dulu kena 'racun' jugak dengan sifu-sifu kat sana. "Dah tua la", "Ngaji senang, nak exam nanti yang susah". dan bla bla. Tapi wahasilnya, aku yang terbaik di sana untuk kursus ni. Tak sangka pulak ya.
Fokus aku semester pada OOP2, pengenalan awal membuatkan aku blur. Tapi, paper ini lebih kurang macam JAVA jugak. Tapi cakap cikgu(Lecturer) aku ni kena more focus, coz codingnya lebih banyak.
Minggu ini, satu tugasan telah diberi. Cari 4 jenis laman web (peribadi, komersil, Topikal dan hiburan) dan buat ulasan elemen-elemen yang ada dalam web itu. Elemen-elemen web ialah Colour, Text, Page Size, Graphics, Consistency dan Navigation.
So, sebagai salam pengenalan lihatlah gambar di bawah. Editor untuk C# ialah Ms Studio 2005.

Coding yang kena taip hanya
System.Console.Writeline("Selamat Datang"); yang lain-lain default. Bila run(Debug->Debug without debugging) yang keluar kat Command Prompt ialah
Selamat Datang.
Selamat Berjuang..