Tuesday, September 23, 2008

Thursday, September 11, 2008

C#

Minggu ini bermulalah pengajian ini untuk semester ke 8( Sept- Dis 2008) bagi aku. Semester ini tiga subjek yang aku kena ambil. Object Oriented Programming 2(OOP2)– Belajar C# ( C Sharp) dan dua lagi subjek yang sengaja aku kantoikan semasa semester 5 (Rajuk tak dapat notebook), iaitu Web Designing and Publishing dan MS (Malaysian Studies). Isnin dan selasa yang lepas, dua subjek aku dah lalui dan petang ini MS pula menyusul.

Specialnya kelas OOP2 aku ni, kami hanya berdua, aku dan Combi. Tak ramai yang ambil kursus ini di sini. Takut coding dia atau ditakut-takutkan oleh lecturer. Itu yang ambil Hardware dan Network saja. Aku pun semasa mula-mula kelas kat Penang dulu kena 'racun' jugak dengan sifu-sifu kat sana. "Dah tua la", "Ngaji senang, nak exam nanti yang susah". dan bla bla. Tapi wahasilnya, aku yang terbaik di sana untuk kursus ni. Tak sangka pulak ya.

Fokus aku semester pada OOP2, pengenalan awal membuatkan aku blur. Tapi, paper ini lebih kurang macam JAVA jugak. Tapi cakap cikgu(Lecturer) aku ni kena more focus, coz codingnya lebih banyak.


Minggu ini, satu tugasan telah diberi. Cari 4 jenis laman web (peribadi, komersil, Topikal dan hiburan) dan buat ulasan elemen-elemen yang ada dalam web itu. Elemen-elemen web ialah Colour, Text, Page Size, Graphics, Consistency dan Navigation.

So, sebagai salam pengenalan lihatlah gambar di bawah. Editor untuk C# ialah Ms Studio 2005.
Coding yang kena taip hanya System.Console.Writeline("Selamat Datang"); yang lain-lain default. Bila run(Debug->Debug without debugging) yang keluar kat Command Prompt ialah Selamat Datang.

Selamat Berjuang..

Wednesday, July 23, 2008

Mid term exam

Semalam kami buat revision untuk persediaan mid term pada Sabtu ini (26 Julai 2008).

Antara fokus kami ialah konsep asas OOP(object- oriented programming) iaitu :

  1. Kelas
  2. Objek
  3. Metod
  4. Mesej
  5. Abstraction
  6. Encapsulation
  7. Inheritance
  8. Polymorphism

kami juga perlu tahu jenis-jenis programming, apa itu :

  1. Unstructured programming
  2. Structured programming
  3. Modular programming
  4. OOP

Metod pembina (constructor method)

Pembolehubah contoh (instance variable)

Metod Array.sort

Bagaimana untuk menghantar metod -pass by reference dan pass by value

dan akhirnya bagaimana untuk menghasilkan coding dengan sampel yang diberi.

Wednesday, June 18, 2008

Mula kelas petang bahasa Java Jun 2008

Salam,

Aku telah tiga kali mengikuti kelas pengaturcaraan Java ini. Sekarang ini aku ingin berkongsi ilmu yang aku dapat dengan para peminat bahasa ini.

Tujuan blog ini ialah:-
1. Memahirkan diri dengan Java Programming ini.
2. Menyumbang kepada ilmu di hujung jari (internet) dalam bahasa melayu.
3. Menjadikan bahasa Java ini mudah dipelajari dan dapat bersantai dengannya.

Cara atau metod yang akan digunakan:-
1. Melaporkan aktiviti dalam kelas petang yang disertai.
2. Meringkaskan nota-nota yang diberikan oleh Kolej dan pensyarah.
3. Memotong dan tampal contoh-contoh aturcara yang dipelajari dan dipraktiskan.

Semoga laman blog ini dapat menyumbang kepada nilai intelektual bahasa Java ini.

Terkini (Sept2008): Perlu ubah kepada bahasa programming yang lain jugak dan cuba bandingkan dengan bahasa Java. Juga melaporkan aktiviti kelas yang lain.